Seorang Lagi Mangsa Keracunan Tanjung Dawai Meninggal Dunia - pakdin.my

Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.
Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

SUNGAI PETANI: Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini Selasa.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.

Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.

Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.

Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas.

UTAMASeorang Lagi Mangsa Keracunan Tanjung Dawai Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium