Seorang Maut, 3 Cedera Dalam Tragedi Lumba Haram - pakdin.my

 

Mohamad-Asri-Mohamad-Desa-maut-kemalanganSeorang remaja lelaki maut manakala tiga lagi rakannya cedera dalam kemalangan motosikal di ibu negara awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 3 pagi di kilometer 308.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah Serdang, ACP Abdul Razak Elias berkata ketika kejadian, keempat-empat remaja itu bersama seorang lagi individu dipercayai sedang berlumba motosikal.

Nahas dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang bergesel dan hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang maut Mohamad Asri Mohamad Desa, 17 tahun.

Asri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun individu kelima itu dipercayai melarikan diri.

Abdul Razak berkata tiga penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.

UTAMABERITASeorang Maut, 3 Cedera Dalam Tragedi Lumba Haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium