SEORANG MAUT, 3 PARAH DALAM KEMALANGAN 3 KENDERAAN BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN SUNGAI BUAYA - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Seorang maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 436, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, 10 lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Mangsa yang maut adalah Bukhari Mustapha, 40, selepas tersepit di bahagian tempat duduk belakang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Samsul Majidy Hassan berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah van persiaran yang membawa 14 pelancong dari arah utara menuju ke selatan dengan sebuah lori dan kereta.

Bagaimanapun menurut beliau, setiba sahaja pihaknya di lokasi kejadian, hanya terdapat van persiaran terbabit dan sebuah kereta Perodua Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila lori terbabit dikatakan merempuh bahagian belakang van berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.

“Susulan daripada itu, van persiaran terbabit telah hilang kawalan dan menyebabkan kereta Perodua Myvi yang turut berada di lokasi kejadian tidak dapat mengelak van tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Samsul Majidy, kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Bharu, Superintenden R. Supramaniam gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian.

20161211-kemalangan-maut-3-kenderaan-persimpangan-syngai-buaya

UTAMABERITASEORANG MAUT, 3 PARAH DALAM KEMALANGAN 3 KENDERAAN BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN SUNGAI BUAYA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium