Seorang Penganggur Hadapi Tiga Pertuduhan Termasuk Rogol Pelajar

Gambar hiasan

GEORGE TOWN — Seorang penganggur Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, awal bulan ini.

M Retnam, 32, dari Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan merogol remaja tingkatan tiga itu dalam pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan hutan berhampiran Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Pondok Upeh, Balik Pulau, antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, pada 1 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan keputusan DNA.

Leave a Reply