Tanah Runtuh Sungai Ruil – Seorang Terkorban - pakdin.my

Tanah runtuh Kampong Sungai Ruil

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada Ahad.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampung.

“Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Berita berkaitan:

Tanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Tengku Mahkota Pahang Arah Siasatan Menyeluruh
Tanah Runtuh Sungai Ruil – PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) – Update Video
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 3 maut, 3 cedera dan 3 lagi dikhuatiri masih tertimbus – Sehingga jam 00:30 pagi
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Seorang Terkorban


UTAMABERITATanah Runtuh Sungai Ruil - Seorang Terkorban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium