Seorang Warga China Maut, Tiga Cedera Dalam Insiden Kren Tumbang Di Damansara - pakdin.my

kren-tumbang-damansara-warga-china-maut-1

Seorang pekerja pembinaan warga China maut, sementara tiga lagi cedera dalam insiden kren tumbang semasa menjalankan kerja pembinaan sebuah jejambat menghubungi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Damansara di sini hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai Li Yi Jia, 50, manakala identiti tiga lagi yang cedera, iaitu warga tempatan, China dan Myanmar masih belum dikenal pasti, kata Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan.

Beliau berkata Li bersama dua lagi sedang melakukan kerja pembinaan sebuah tiang jejambat untuk menghubungkan LDP dengan sebuah pusat komersial Empire yang sedang dibina di Jalan Bukit Lanjan 8, dekat sini, apabila kren yang dinaiki tumbang dipercayai terlebih muatan.

“Li maut akibat tergantung dan tersepit di celah besi kren yang tumbang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang tadi, manakala dua lagi rakannya terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas dihempap besi kerangka,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata seorang lagi mangsa warga tempatan yang merupakan pemandu kren turut mengalami kecederaan ringan selepas kren dipandunya itu terbalik.

“Mayat Li dan ketiga-tiga mangsa yang cedera telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Mayat Li akan dibedah siasat manakala tiga lagi mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata tiga buah jentera dengan kekuatan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Taman Tun Dr Ismail, Sri Hartamas dan Hang Tuah telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Mereka tiba pada pada pukul 5.02 petang setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 petang, katanya.

Tinjauan Bernama mendapati bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa yang tersepit, iaitu pada kira-kira pukul 7.18 petang kerana kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tergantung.

Sementara itu, seorang pekerja warung Ikan Bakar berhampiran tempat kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 34, berkata kejadian itu amat mengejutkan apabila melihat salah seorang mangsa terpelanting ke bawah selepas kren tumbang.

“Saya terdengar bunyi bising seakan-akan kren itu menekan minyak dan kemudian tumbang,” katanya.

Wan semasa kejadian sedang bersiap untuk membuka warung, turut melihat sebatang pokok tumbang dihempap oleh kerangka besi kren yang tumbang, dan pokok yang tumbang itu pula menghempap sebuah kereta terbiar berdekatan kawasan itu.

kren-tumbang-damansara-warga-china-maut-2

kren-tumbang-damansara-warga-china-maut-3

UTAMABERITASeorang Warga China Maut, Tiga Cedera Dalam Insiden Kren Tumbang Di Damansara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium