Siapa Patut Ketuai Pakatan Pembangkang, Mahathir Atau Anwar? - pakdin.my

20160921-mahathir-bersatu-singkir-najib

Kepimpinan ketua pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini semakin ketara kelemahannya dengan ramai yang melihat beliau sebagai tidak layak lagi untuk memegang jawatan berkenaan.

Ini kerana kepimpinan Wan Azizah yang dilantik secara rasmi sebagai ketua pembangkang pada Mei 2015 lalu dilihat sebagai `lembik’ dan hanya menjadi boneka semata-mata kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peranan Wan Aziah hanyalah memastikan legasi Anwar tidak lenyap.

Akibat kelemahan kepimpinannya, Wan Azizah tidak menonjol dan beliau tidak menunjukkan karismatik untuk menerajui parti-parti yang bergabung.

Kedudukan Wan Azizah semakin tergugat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan perang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan nekad untuk menggulingkan beliau.

Ditambah lagi dengan tindakan Dr. Mahathir yang giat menjalankan kempen menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka, maka ia pasti memberikan ancaman kepada Wan Azizah.

Ramai yang melihat memandangkan bekas Perdana Menteri yang kini berusia 91 tahun itu telah menerajui kempen tersebut maka adalah wajar jika beliau mengambil tugas secara rasmi dengan menjadi ketua bagi memimpin pembangkang dan berdepan dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Lagi pun Mahathir nampak sangat beriya iya hendak jadi ketua. Siap suruh setiap parti pembangkang jangan berebut kerusi dan berusaha untuk tamatkan UMNO.

Tetapi Wan Azizah pastinya tidak akan memudahkan peranan Mahathir untuk mengetuai pembangkang.

Parut lama terhadap apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kepada suaminya 18 tahun lalu masih terasa, meskipun Dr Mahathir dan Anwar telah berbaik.

Semalam, 20 September, anaknya Nuha mengimbas balik detik 18 tahun lalu di mana rumahnya diserbu polis. Anwar juga di mahkamah mengaku baru baru ini bahawa “keluarganya menderita”.

Dan Anwar sendiri, meskipun berada di dalam penjara, namun beliau masih memantau dari dalam. Masih ingatkah anda dengan warkah dari penjara yang ditulisnya pada bulan Mei lalu dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat.

Mahathir siap digelar sebagai ular lagi oleh Anwar.

Ia turut menyentuh mengenai masalah dalaman PKR serta politik Malaysia dengan beberapa orang termasuk `orang kanan’ Mahathir iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan.

Apa yang pasti, di sebalik tirai besi itu, Anwar masih memantau perkembangan politik negara dan beliau pasti dapat menghidu sebarang usaha untuk melonjakkan Mahathir.

Beliau bijak menggunakan peluang yang ada meskipun terpaksa menelan semula kata-kata cercaan terhadap Mahathir yang menggelarnya sebagai `tidak bermoral’ dan peliwat.

Walaupun sudah berpeluk-pelukan dan berjabat tangan, namun adakah Anwar telah memaafkan musuh politiknya yang telah meranapkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri itu?

“Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan,” itu jawapannya kepada wartawan pada 19 September lalu ketika ditanya sama ada beliau sudah memaafkan Mahathir.

Jelas sekali, Anwar cuba berdolak dalik untuk menjawab soalan tersebut dan mungkin berjabat tangan dengan Mahathir hanya satu muslihat untuk melonjakkan semula aura Anwar.

Maknaya Anwar masih lagi memainkan peranan sebagai ketua dari penjara. Di luar tirai besi, Mahathir pula yang berlagak bagai “Ketua Umum” kepada Pakatan Pembangkang.

Siapa sebenarnya ketua mereka? Mahathir atau Anwar?

UTAMAPOLITIKSiapa Patut Ketuai Pakatan Pembangkang, Mahathir Atau Anwar?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium