Siapa Terjumpa Naib Presiden Warisan Sabah, Peter Anthony Sila Maklumkan Kepada SPRM

Naib Presiden Perti Warisan Sabah, Peter Anthony (orang yang sebelum ini didakwa menggunakan pistol untuk mengancam kapitan Cina di Sabah berikutan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu) kini sedang dicari oleh SPRM.

Dia sebelum ini ditangkap dan direman beberapa bulan lalu atas kes rasuah yang lain tetapi sekarang SPRM gagal menemui beliau untuk siasatan terhadap kes lain.

Kes ini nampaknya berkaitan dengan kes RISDA di mana deposit 10% telah dibayar oleh RISDA pada tahun 2014 untuk membeli tanah berharga RM155 juta. Tanah itu kemudiannya didapati merupakan Tanah Adat (Native Customary Right – NCR) dan tidak boleh dijual atau dipindah milik.

Dipercayai deposit 10% (RM15.5 juta) kini telah hilang ke dalam akaun bank individu tertentu, yang kini sedang dicari oleh SPRM.
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bekas-menteri-pemimpin-parti-di-sabah-disiasat-1.581627

Selain dari Peter Anthony seorang lagi yang gagal ditemui oleh SPRM adalah seorang peguam yang terlibat mengendalikan transaksi ini. SPRM telah gagal menemui beliau sejak sebulan yang lalu.
http://www.thesundaily.my/node/510489

RISDA berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menterinya adalah Shafie Apdal ketika itu

Jika Shafie Apdal tahu di mana Naib Presiden dan seorang lagi yang dipercayai kroni beliau, sila minta dia menghubungi SPRM dengan segera.

LSS.

Comments (12)

  1. Nainas Shaik Thursday, January 4, 2018 -01-04 17:57:30'
  2. ZaidZain Al-barr Thursday, January 4, 2018 -01-04 14:32:46'
  3. Muhammad Jaafar Thursday, January 4, 2018 -01-04 13:52:30'
  4. Kassan Shaydey Thursday, January 4, 2018 -01-04 11:10:09'
  5. Jamaludin Ali Thursday, January 4, 2018 -01-04 09:14:10'
  6. Mohd Taufik Thursday, January 4, 2018 -01-04 08:49:52'
  7. Othman Bin Abd Wahab Thursday, January 4, 2018 -01-04 08:13:41'