Siasat mesej menghasut di media sosial - pakdin.my

demo-jika-najib-tak-turun

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu kenyataan di laman sosial Twitter yang menghasut rakyat menyertai demonstrasi sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak meletak jawatan.

Menurutnya, kenyataan ini adalah satu ugutan, hasutan dan boleh mengancam ketenteraman awam.

“PCIRC@PDRMsia sila siasat `originator’ mesej ini yang merupakan satu ugutan hasutan dan mengancam ketenteraman awam,” kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya, hari ini.

Bagaimanapun, kandungan mesej itu belum dapat disahihkan ditulis atau disebar oleh mana-mana individu.

UTAMAEDITORIAL1MDBSiasat mesej menghasut di media sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium