Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor? - pakdin.my

1. Menggeledah rumah Najib dan keluarga kemudian mengangkut keluar harta-harta peribadi di hadapan media bukanlah satu bentuk siasatan, tetapi “witch-hunt” bagi mewujudkan kebencian rakyat biasa kepada pentadbiran lalu.

2. Kita faham jika barangan yang diambil membabitkan pembelian oleh 1MDB. Namun sehingga hari ini kita semua tahu tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang 1MDB berlaku di luar negara.

3. Jadi atas sebab apa semua barang-barang seperti beg tangan dan jam diambil oleh Polis? Apakah barang-barang yang diambil tersebut sama dibeli menggunakan akaun 1MDB?

4. Apa yang nampak sekarang ialah kempen persepsi hendak memburukkan Najib Razak semata-mata dan mengalihkan isu sebenar mengenai pentadbiran negara hari ini yang penuh kekusutan dan “cempeqa”.

5. Bekas Peguam Negara Ghani Patail menyatakan beliau telah mempunyai bukti untuk mendakwa Najib sebelum dipindahkan. Ghani adalah orang yang mengusung tilam ke mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim dan menyebabkan kita hilang Pulau Batu Putih.

6. Jika sudah ada kertas pendakwaan ketika itu mengapa perlu ada apa-apa siasatan dan “agenda setting” lagi? Dakwa sahajalah. Apakah pada masa itu Ghani mereka-reka kertas pertuduhan kerana berkonspirasi dengan Tun Mahathir?

7. Seluruh episod ini hanya membuktikan satu perkara, Tun Mahathir tidak pernah berubah.

8. Beliau akan membuat apa sahaja untuk menjayakan matlamat dan cita-citanya. Ini termasuklah melantik orang yang ada kes rasuah di Mahkamah sebagai Menteri Kewangan.

———–
https://pakdin.my/najib-terkilan-polis-geledah-kediaman-lebih-20-jam/
https://pakdin.my/tag/Najib-Razak
https://pakdin.my/mahathir
https://pakdin.my/1mdb

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216425290205189&id=1244194023

UTAMAPOLITIKSiasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium