Siasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai, dijangka siap minggu ini - pakdin.my

Ketua Polis Negara\

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai lalu akan siap minggu ini, bagi membolehkan pendakwaan dilakukan segera.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan masih dijalankan terhadap pihak-pihak tertentu yang masih membuat kenyataan yang tidak benar tentang perhimpunan berkenaan.

“Kita masih siasat tentang isu-isu yang telah dimainkan oleh pihak-pihak tertentu kerana masih terdapat pihak-pihak yang membuat kenyataan dan menayangkan perkara yang tidak benar tentang perhimpunan tersebut.

“Namun saya yakin bahawa kami akan mampu selesaikan siasatan berhubung perhimpunan tersebut minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Technology in Crime and Loss Prevention: The New Era’ di sebuah hotel, di Georgetown Isnin.

 Bernama melaporkan Ismail berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya agar mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Dalam perhimpunan itu, polis menahan kira-kira 1,500 orang termasuk penganjurnya Datuk S. Ambiga serta pemimpin Pakatan Rakyat.

UTAMABERITASiasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai, dijangka siap minggu ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium