Sisa buangan Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: @NajibRazak - pakdin.my

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.“Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak.

UTAMABERITASisa buangan Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium