Sisa Kilang Lynas Mesti Dibawa Keluar, Tegas Kerajaan - pakdin.my

Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa sisa kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd mesti dibawa keluar dari negara ini dalam apa jua bentuk pun.

Sekiranya gagal mematuhi keputusan itu, lesen yang diberikan kepada kilang pemprosesan nadir bumi dari Australia itu akan ditarik balik.

Tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kerajaan tidak akan berganjak daripada pendirian itu meskipun terdapat laporan berita mendakwa pengeksportan sisa toksik tidak diperuntukkan dalam lesen operasi sementara yang diberikan kepada Lynas.

Tambah beliau, maklumat mengenai Lesen Pengendalian Sementara, TOL yang diberikan kepada Lynas terdapat di laman web Lembaga Perlesenan Tenaga Atom pada 8 September lalu.

lynas sisa

UTAMABERITASisa Kilang Lynas Mesti Dibawa Keluar, Tegas Kerajaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium