Skandal Forex BNM: RM32 Billion Sah Hilang Di Bawah Hidung Mahathir

7 April 2015, Mahathir mengakui berlaku kehilangan wang negara ketika beliau menjawat jawatan perdana menteri, namun menegaskan rakyat dan dunia tahu bagaimana wang itu hilang.

Sebenarnya, rakyat tidak tahu. Rakyat telah ditipu jumlah kehilangan yang sebenar.

Hilang RM32 billion, tetapi disuruh tulis RM5 bilion sahaja. Kenapa hendak tipu rakyat sampai begitu sekali?

24 Ogos 2017, Mahathir mengaku tahu secara mendalam skandal kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia.

Ya, Mahathir pun tahu Bank Negara rugi sampai RM32 billion. Sudah diberitahu kepadanya bahawa terdapat kerugian. Namun, kenapa Mahathir biarkan kerugian itu berterusan?

Bukan setahun rugi. 6 tahun rugi, setahun sahaja untung pada tahun 1990 sebanyak RM2.47 billion.  Tahun 1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994 semuanya rugi.

Keseluruhannya rugi sejumlah RM34.547 billion. Angka ini disahkan oleh Bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf.

Kerugian berjumlah RM34.547 itu dinyatakan dalam laporan bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1998-1994, bertarikh 18 April 2007.

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara pula mengesahkan ada kerugian sejumlah RM32 billion bila dipanggil oleh pihak RCI Forex. Ini semua angka angka sebenar kerugian yang berlaku.

Kit Siang juga sebut angka yang sama dalam bukunya bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Lost Scandal”.

Buku Kit Siang itu tidak bertajuk “The Bank Negara RM5 Billion”, ianya RM30 bililion.

Kerugian itu juga pernah dilaporkan kepada Mahathir oleh Anwar Ibrahim dan Tan Sri Clifford Francis Herbert, bekas Ketua Setiausaha II, Kementerian Kewangan pada penghujung tahun 1993. Setelah lima tahun rugi besar. Namun Mahathir berkata demikian :

“Kadang kadang kita buat untung, kadang kadang kita rugi” kata Mahathir. Kadang kadang bagaimana? Rugi enam tahun, untung setahun sahaja.

Kerugian yang cukup besar berlaku di bawah hidung Mahathir sendiri. Mahathir seolah tidak kisah wang sebegitu banyak rugi dan hilang sebegitu sahaja. Angka kerugian pun ditipu kepada rakyat. Apa yang hendak disembunyikan sebenarnya?

Perkara ini yang mendapat perhatian serius pihak RCI Forex. “Kami mendapat penemuan hari ini BNM rugi RM34.5 bilion, jumlah itu disembunyikan daripada laporan BNM. Kita kena tahu siapa meminta ia disembunyikan.

“Saya rasa pelik. BNM adalah sebuah institusi yang dihormati. Sudah semestinya ada ‘check and balance’ dan prosedur standard operasi (SOP),” kata Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai siasatan RCI Forex.

Abdul Aziz, bekas juruaudit dalaman Bank Negara mendedahkan bahawa kerugian RM31.5 billion itu hanya dilaporkan kepada pihak Lembaga Pengarah Bank Negara sahaja dan ianya tidak didedahkan dalam kunci kira-kira dan laporan rasmi Bank Negara Malaysia.

Ahmad Hizzad pula memberitahu bahawa beliau menerima arahan dari pihak atasan pada April 1993 untuk menyiapkan laporan bagi menyiasat punca kerugian. Ahmad Hizzad pada waktu itu adalah Juruaudit Dalaman Bank Negara.

Ahmad Hizzad menyatakan tujuan utama dia diarah untuk siapkan laporan itu bukanlah untuk mencari pihak yang bersalah dan bertanggungjawab yang sebabkan kerugian. Hizzab sebenarnya disuruh untuk lakukan “laporan cover up” bagi atasi kerugian itu sahaja.

Kenyataan Abdul Aziz dan Ahmad Hizzad ini jelas sekali menunjukkan bahawa memang ada  cubaan, usaha dengan arahan pihak tertentu untuk sembunyikan kerugian ini. Siapa orang atasan yang beri arahan tersebut?

Mahathir mengaku dia tahu secara mendalam mengenai hal kerugian urusniaga mata wang ini, tetapi mengapa kerugian itu terus dibiarkan berlaku dalam tempoh tujuh tahun lamanya. Untuk tutup isu, Mahathir menjadikan Soros sebagai kambing hitam.

Hari ini, Mahathir cuba cari helah lain dengan mengatakan bahawa dia tidak berada dalam bilik urusniaga mata wang itu. Helah ini dibuat untuk menyatakan bahawa dia tidak terlibat. Tetapi dalam isu liwat, Mahathir boleh tahu Anwar Ibrahim telah diliwat dan dilancap oleh seseorang. Pada masa kejadian liwat itu berlaku, Mahathir ada dalam bilik kah?

Dalam isu 1MDB, bukan main seronok lagi Mahathir hentam kononnya 1MDB hutang sampai RM42 bilion. Kemudian tukar angka jadi RM27 billion dan kemudian tukar lagi kata duit 1MDB lesap. Namun akhirnya tiada satu bukti pun tentang 1MDB ini yang Mahathir serah atau bawa ke  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Sama seperti duit derma dari Arab Saudi bernilai RM2.6 billion. Sudah pun diserah balik pada Arab Saudi. Sudah disahkan duit itu bukan duit 1MDB tetapi adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Namun, pihak Mahathir seronok sangat pertikai mana hilang wang RM2.6 billion itu.

1MBD sudah selesai semua hutangnya. Raja Salman pun telah datang ke Malaysia dan labur lagi RM31 billion di Malaysia. Tuduhan Mahathir bahawa ada duit dicuri terbukti tidak benar dan palsu.

Kini berhadapan dengan kerugian RM32 billion ini. Mahathir hendak jawab bagaimana? Tidak mustahil akan ada orang kata duit itu berkemungkinan dicuri.

Ya, kalau duit itu tidak hilang, tidak perlulah Mahathir pinjam sampai 61.5 billion yen untuk bila KLIA.

Kos lebuhraya PLUS hanya RM6 billion pada tahun 1994, tahun di mana Bank Negara rugi besar itu. Jika tidak hilang RM32 billion, kini rakyat sudah boleh dapat lebuhraya percuma tanpa tol.

Namun apakan daya, kerana wang hilang banyak. Semua rakyat tidak boleh dapat manfaatnya. Malah jumlah kerugian pun ditipu kepada rakyat. Semua ini berlaku di bawah hidung Mahathir.

20 Replies to “Skandal Forex BNM: RM32 Billion Sah Hilang Di Bawah Hidung Mahathir

  1. RCI kena kuga tanya siapa yg bagi arahan kpd BNM utk main speculation on ¥Yen & $USD dalam masa kumpulan G7 cuba utk stabilize currencies ini.

    Kena bagi jail time without parole kpd petualang2 Negara semua walaupun traders & immediate bosses termasuk Menteri & BNM’s senior mgmnt tu semua sudah resigned dr BNM.

    ~~~~~~~~~~~

    In 1995, a book on international high finance, The Vandal’s Crown by Gregory J. Millman had this to say about the Bank Negara forex scandal:

    “Using all the resources a central bank commands – privileged information, unlimited credit, regulatory power, and more – Malaysia’s Bank Negara became the most feared trader in the currency markets. By trading for profit, Bank Negara committed apostasy against the creed of central banking. Instead of working to ensure global financial stability, Bank Negara repeatedly shoved huge sums of money into the most vulnerable market situations in order to destabilize exchange rates for its own profit” (p.226)

    “(Bank) Negara operated behind a thick veil of secrecy. The bank seldom spoke publicly about its controversial trading activities. Yet it was increasingly clear to foreign exchange traders that Bank Negara’s operations in the foreign exchange markets went far beyond simple self-defense. It became the most awesome currency trader in the world.” (p. 227)

    “(Bank) Negara’s market manipulation was so egregrious that one American central banker said, ‘If they tried this on any organized exchange in the world, they’d go to jail.’ However, in the unregulated international currency markets, there were neither police nor jailers. The only rule was the rough justice of the vandals, and it was this rule that eventually brought (Bank) Negara down.

    “In 1992, (Bank) Negara took on a large pound sterling position, apparently expecting Britain to maintain the discipline required by the European Exchange Rate Mechanism. It was a bad economic and political judgement. (Bank) Negara lost approximately $3.6 billion when Britain withdrew from the ERM, letting sterling collapse. The next year, (Bank) Negara lost an additional $2.2 billion. By 1994, Bank Negara was technically insolvent and had to be bailed out by an infusion of fresh money from Malaysia’s finance ministry.” (p.229)

Leave a Reply