SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – SUSPEK AKAN DIDAKWA BESOK

Suspek dalam skandal rasuah yang menggemparkan seluruh negara berikutan rampasan wang tunai yang memenuhi rumah seorang pegawai tinggi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bakal dituduh di mahkamah esok, menurut sumber.

“Sudah hampir…(suspek) akan dituduh esok,” kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan SPRM sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Pada 5 Oktober lalu, SPRM melaporkan rampasan berbentuk wang dan harta bernilai RM114.5 juta, dengan wang tunai disimpan di dalam peti besi rumah, pejabat dan bank milik 2 pegawai kanan JANS.

SPRM juga menahan pegawai kanan JANS berusia 51 dan 54 tahun di pejabat masing-masing, kerana disyaki memberikan projek pembinaan kemudahan asas bernilai RM3.3 bilion kepada keluarga mereka sejak 2010.

Ia turut menahan 3 lagi, iaitu bekas timbalan pengarah JANS, seorang akauntan berusia 50 tahun dan abang kepada timbalan pengarah JANS berusia 55 tahun.

Kesemua saspek direman seminggu dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Susulan penangkapan itu, SPRM menahan reman 28 individu termasuk sejumlah pegawai tinggi JANS, merakam percakapan 200 saksi dan merampas dokumen di 30 lokasi di negeri itu.

8 Replies to “SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – SUSPEK AKAN DIDAKWA BESOK

Leave a Reply