Skandal tanah Ijok: SPRM tahan 6, termasuk seorang Datuk - pakdin.my

Masak lah ko Jokermin!!!

————–

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu, termasuk seorang individu yang bergelar Datuk, hari ini bagi membantu siasatan isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, semua suspek itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di antara jam 12.45 tengah hari dan 4 petang, hari ini.

“Antara yang ditahan adalah bapa dan anak lelaki.

“Siasatan SPRM merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di Melaka.

Semua mereka dalam lingkungan usia antara 34 tahun dan 84 tahun.

Dzulkifli berkata, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

“SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara.

“Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya,

————–
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ijok/

UTAMABERITASkandal tanah Ijok: SPRM tahan 6, termasuk seorang Datuk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium