SKMM Memaklumkan Gangguan Untuk Maxis, Digi Dan Celcom Disebabkan Pemindahan Spektrum

SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) melalui laman Facebook rasmi mereka kini dilihat telah mengeluarkan pemberitahuan, memaklumkan pengguna berkenaan dengan gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang dijangka berlaku sekitar daripada sekarang sehingga Jun 2017 kelak – secara berperingkat mengikut kawasan.

Gangguan ini berlaku disebabkan oleh perubahan penawaran spektrum yang telah dilakukan sebelum ini yang melibatkan ketiga-tiga syarikat telekomunikasi utama – iaitu Celcom, Digi, Maxis. Pihak U Mobile turut juga terlibat sama, tetapi pihak SKMM tidak menyenaraikan mereka dalam gangguan pemindahan spektrum ini.

Walaupun gangguan ini dimaklumkan, ia akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan, dan tidak semua kawasan akan terjejas sepenuhnya. Syarikat telekomunikasi juga sebelum ini sering mengambil langkah meminimakan gangguan dengan menggunakan pemancar sementara dan sebagainya ketika proses penaik-tarafan.

Dengan peralihan baru ini, SKMM mengharapkan operasi yang lebih efisyen, dan pada masa yang sama telah meminta syarikat telekomunikasi menawarkan pakej yang berharga lebih rendah berbanding sedia ada di pasaran untuk pengguna.

SKMM meminta pengguna menghubungi penyedia perkhidmatan sedia ada mereka, sama ada Maxis, Celcom atau Digi dalam melaporkan sebarang perkara berkaitan dengan gangguan ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan akan berlakunya gangguan sementara perkhidmatan mudah-alih yang disediakan oleh Celcom, Digi, dan Maxis dari September 2016 sehingga Jun 2017. Penyedia perkhidmatan selular mudah-alih tersebut sedang melaksanakan pemindahan spektrum di jalur 900MHz dan 1800Mhz secara berperingkat di seluruh negara. Proses pemindahan spektrum ini akan membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mudah-alih yang terkini kepada para pelanggan.

20161001-telco-spektrum

11 Replies to “SKMM Memaklumkan Gangguan Untuk Maxis, Digi Dan Celcom Disebabkan Pemindahan Spektrum

Leave a Reply