Soal Jawab TV3: Arul Kanda 1MDB (video) - pakdin.my

1mdb-arul-kanda-tv3

SOALAN: Berkenaan dengan berpuas hati dengan corak penjelasan yang diberikan kepada khalayak. Anda katakan tadi 48 press release telah pun diberikan dan anda hadir ke TV3 banyak kali. Apakah anda berpuas hati dengan apa yang telah dinyatakan kepada khalayak. Yang sepertinya di media sosial ia nampak agak tidak jelas.

JAWAPAN: Perkara ini kita masih membuat improvement. We are always improving and try to make it better for ourselves. Jadi pada saya, tiap kali kita membuat penjelasan atau mengeluarkan kenyataan akhbar, ia membantu kita memberi gambaran menyeluruh dan lebih betul mengenai 1MDB. Tetapi hakikatnya syarikat 1MDB ini kompleks, syarikat yang besar, lebih kurang 50 bilion aset pada syarikat serta mempunyai anak syarikat yang lain dan ada banyak isu yang dijalankan setiap hari.

Kami pun bukan syarikat yang disenaraikan di Bursa. Kalau syarikat seperti itu ada keperluan menjelaskan maklumat. Jadi kami mencuba untuk seimbang antara melaksanakan perniagaan setiap hari dan juga memberi penjelasan. Tapi saudara Izwan, pada saya, kebanyakan soalan yang paling kritikal dan perlukan jawapan, sebenarnya lebih elok penyiasatan dijalankan sebab setengahnya adalah tohmahan dan tuduhan. Tak ramai orang minat bahawa sebenarnya Kabinet telah meminta Auditor General untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Jadi proses itu telah mengeluarkan interim report kepada PAC dan pada saya laporan itu begitu menyeluruh dan begitu detail dan dijalankan secara profesional. Jadi apa jawapan telah kita beri dan sebahagian lagi akan datang daripada penyiasatan yang sedang dilaksanakan.

SOALAN: Sayangnya sebahagian penyiasatan masih bersifat dalaman dan tidak boleh didedahkan kepada orang ramai untuk mendapatkan 1MDB. Pada pandangan Encik Arul, apa lagi yang boleh dibuat supaya pada masa yang ditetapkan 1MDB akan dapat melunaskan hutang-hutangnya.

JAWAPAN: Jadi soalan melunaskan hutang ialah the reason why the rationalisation plan sebab kita sebagai sebuah syarikat, seperti mana yang saya katakan tadi, plan asal membeli tanah, IPO dan sebagainya. Buat masa ini tidak dapat dilaksanakan seperti pelan asal. Jadi untuk rationalisation plan ini, sebenarnya kalau syarikat mempunyai masalah liquidity atau cash flow mismatch, sebenarnya ada tiga solution sahaja.

Yang pertama ialah mendapatkan dana baru daripada pemegang saham, shareholders baru atau ekuiti baru. Kedua, kita jual aset dan bayar balik hutang. Ketiga, kita menjemput dana baru daripada new investors dan untuk 1MDB kita ambil kaedah yang ketiga. Jadi, syarikat EDRA Energy sedang dalam proses untuk bersama beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa yang akan membeli sebahagian daripada saham kepunyaan 1MDB dalam syarikat tersebut. Wang yang akan diterima akan digunakan untuk melangsaikan hutang.

Kalau kita lihat secara anggaran value dalam syarikat EDRA ini ialah antara RM16 hingga RM20 bilion. Insya-Allah, kita akan dapat melangsaikan hutang apabila kita menjual sebahagian daripada syarikat tersebut. Itu yang pertama, yang kedua, pada bulan Jun lalu 1MDB telah menandatangani perjanjian township dengan IPIC daripada Abu Dhabi. IPIC adalah syarikat kepunyaan kerajaan Abu Dhabi dengan nilai US$60 bilion. Dan Township ini ialah untuk IPIC mengambil alih hutang 1MDB yang sebenarnya telah dijamin oleh IPIC.

Principal dan hutang itu lebih kurang US$3.5 bilion dan IPIC juga telah membayar US$1 bilion dan kami telah gunakan untuk langsaikan hutang. Jadi, jika kami selesaikan pertukaran asset unyuk hutang dgn IPIC beban hutang 1MDB akan berkurangan sebanyak RM16 hingga RM17 bilion. EDRA tadi 16 hingga 20 bilion, IPIC 16 hingga 17 bilion dan yang ketiga, 1MDB sekarang dalam proses membawa development partners masuk ke Bandar Malaysia. Proses itu sedang dilaksanakan dengan lebih kurang 40 syarikat telah menunjukkan minat untuk menjadi development partners kepada Bandar Malaysia ini. Pada saya Bandar Malaysia ini jika dilihat ia dijual pada RM550 hingga RM600 sekaki persegi, value Bandar Malaysia itu ialah antara RM11 hingga RM12 bilion. Jika digabungkan ketiga-tiga itu, itu akan menjadi proceed untuk melangsaikan hutang dan ketiga-tiga proses itu sedang berjalan lancar. Tetapi perlu mengambil masa di antara empat hingga enam bulan untuk diselesaikan.

SOALAN: Model perniagaan dijalankan 1MDB memerlukan keyakinan yang tinggi daripada peminjam wang, syarikat yang akan membantu kita dalam menjana modal. Bagaimana keyakinan pelabur versus cakap-cakap negatif terhadap 1MDB. Adakah kita akan for sure proses yang sedang berjalan akan berlaku?

JAWAPAN: Alhamdullillah, aset 1MDB fundamentalnya kukuh. Asas yang kukuh untuk aset-aset ini telah memberi keyakinan kepada pelabur. Jadi kalau kita lihat, mereka fokus kepada fundementals dan aset 1MDB sebagai contoh, syarikat EDRA, revenues daripada EDRA lebih kurang RM5 bilion setahun dalam tenaga. Itu akan mebawa value kepada syarikat itu. Tanah di Bandar Malaysia di KL. Tidak ada tanah sebesar itu berdekatan dengan KLCC dan pusat bandar KL. Itu sahaja yang ada.

Kita tambah pula high speed terminal yang ada di situ dua line MRT, dua lagi potentially line tiga, KTM komuter dan sebagainya. Tanah itu mempunyai value yang tidak dikongkong oleh harga semasa. Maknanya opportunity untuk dapatkannya is immense. Oleh sebab itu investors dapat berbincang. Kalau dilihat dulu KL sentral, KLCC, Mid Valley kita tak nampak. Pada hari ini kita lihat semua pembangunan di situ tetapi when it was started the confidence were low. But investors can see the long term vision.

SOALAN: Saya juga nak tahu bagaimana aset EDRA, IPIC mencari pemaju hartanah membeli tanah di Malaysia. Adakah ia satu kelaziman, ada juga mengatakan ia satu langkah kurang bijak?

JAWAPAN: Jadi rancangan asal 1MDB apabila membeli syarikat janakuasa berasingan untuk dicantumkan menjadi syarikat lebih besar dan ini membawa kepada propektus kepada syarikat tersebut. Objektif pada masa itu, 2012 dan awal 2013, ialah untuk melaksanakan IPO. Tanah tersebut TRX dan Bandar Malaysia, objektif asal ialah untuk membuat master plan, mendapat kebenaran merancang dan memasukkan infrastruktur dan menjual tanah melalui bidang yang lebih kecil. Membeli aset menggunakan hutang, dan menjual aset itu dengan membawa dana baru. Dana itu akan digunakan untuk melangsaikan hutang.

Bezanya ialah disebabkan cash flow mismatch dan liquidity concern, kita terpaksa membuat plan baru dan plan itulah membawa dana kepada strategic investors tetapi the long term plan masih kekal di situ. Dalam perniagaan ada kesukaran, yang penting mesti menangani cabaran tersebut that is my goal. My job is to help the issue. That is why i was brought into 1MDB.

SOALAN: Are we still on track, atau pun kita jauh tersasar sebenarnya?

JAWAPAN: Pada saya tidak. Seperti TRX kami dalam proses menjual tanah dalam TRX seperti rancangan asal. Dengan kemasukan main list untuk membeli 17 daripada 70 ekar TRX. Jualan tanah kepada Mulia Group, syarikat terkemuka dari Indonesia dan baru-baru ini kepada Affin Bank yang ingin membina headquartersnya. Jadi pelan itu memang on going. Dari segi janakuasa kita masih on going 5,000 Megawatt every day, yang bezanya sama ada kita jual saham kepada IPO atau jual saham kepada strategic investors. Keadaan pasaran pada masa ini mungkin lebih elok kita jual kepada strategic investors.

SOALAN: Makluman daripada PM bahawa hutang 1MDB boleh diselesaikan dalam enam bulan. Dengan keadaan ekonomi sekarang dalam dunia, nilai ringgit dengan dolar jadi apakah enam bulan itu adalah satu masa yang boleh diselesaikan?

JAWAPAN: Saya confident bahawa tempoh masa itu bersesuaian dengan keadaan syarikat dan keadaan pasaran. Seperti yang dikatakan tadi, syarikat EDRA, kita shortlist pelabur tempatan dan luar yang berminat. Sama seperti Bandar Malaysia 40 syarikat terkemuka daripada dalam negeri dan luar, China, Australia, Singapura dan Timur Tengah berminat untuk membeli tanah itu. Aset-aset ini ialah aset jangka masa panjang. Kita tidak boleh melihat pada sekarang sahaja kerana ia mengambil masa yang lama. Syarikat-syarikat ini faham kita tidak boleh mengambil short term view tetapi long term view. Seperti saya katakan tadi, 1MDB mempunyai aset yang kukuh dan kita dapat laksanakan rationalisation plan untuk menangani masalah cash flow ini. –

UTAMAEDITORIAL1MDBSoal Jawab TV3: Arul Kanda 1MDB (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium