Sokong saranan letak jawatan jika tidak bersama pulih 1MDB - pakdin.my

pau-2014-hishamuddin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama beliau dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletak jawatan.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun meletakkan tiga syarat dalam isu pemulihan 1MDB iaitu rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti serta perlu ada ketelusan.

“Setuju dengan sya­rat rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti sekiranya ada salah serta ketelusan,” katanya ringkas menerusi akaun Twitter milik beliau hari ini.

Semalam, Perdana Men­teri dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Sementara itu, Men­teri Kesejahteraan Ban­dar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, semua anggota Kabinet perlu bersatu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri dalam membentuk satu pasukan mantap bagi berhadapan dengan apa juga isu yang berbangkit.

“Saya tak nak komen banyak tetapi yang penting perlu ada team (pasukan) yang mantap melibatkan PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan Menteri Kabinet untuk berdepan dengan semua isu.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan lebih kuat apabila semua pemimpin dapat terus bersatu di dalam satu pasukan.

‘‘Jadi, semua Menteri Kabinet perlu bersatu dengan PM untuk berhadapan dengan segala isu yang mendatang termasuk melibatkan isu pemulihan 1MDB,” katanya.


 

UTAMAEDITORIAL1MDBSokong saranan letak jawatan jika tidak bersama pulih 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium