Sokongan Masyarakat India Terhadap Pakatan Pembangkang Merosot – Palanivel - pakdin.my

Senator G Palanivel
Senator G Palanivel

KUALA LUMPUR  — Sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang kini merosot oleh kerana masyarakat itu telah dan akan terus menerima manfaat besar daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel berkata ini kerana, masyarakat itu menyedari bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri mampu menentukan masa depan mereka.

Beliau berkata sokongan mereka semakin kukuh terhadap BN selepas mereka menerima faedah besar, khususnya di bidang pendidikan, program pembangunan perkhidmatan awam, ekonomi dan program sosial yang diterajui Najib.

“Masyarakat India kini lebih berpengetahuan dan lebih menyedari tentang keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka.

“Kurangnya penyertaan kaum India di perhimpunan semalam merupakan bukti langsung mengenai kesedaran mereka tentang siapa sebenarnya yang boleh memberi khidmat bagi melindungi kebajikan mereka dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di Kuil Maha Mariamman di Batu Caves di sini hari Ahad.

UTAMAPOLITIKSokongan Masyarakat India Terhadap Pakatan Pembangkang Merosot - Palanivel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium