Sesal kemudian tiada guna - Keluhan Guru KAFA yang ditamatkan perkhidmatan

Solat hajat minta PH kaji keputusan tamatkan guru al-Quran

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, solat hajat diadakan bagi memohon kepada Allah supaya pintu hati pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengkaji semula keputusan menamatkan perkhidmatan 3,075 penggerak masyarakat yang menjalankan tugas menyampaikan dakwah dan mengajar al-Quran, di Kelantan.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu, ini kerana, sebahagian besar mereka terbabit sudah menjalankan tugas itu lebih 20 tahun dan menjadikan ia sebagai satu-satunya mata pencarian.

Malah, mereka juga sudah memberikan sumbangan besar dalam masyarakat kerana berperanan utama melengkapkan lagi pengajian al-Quran walaupun pelajar sudah mempelajarinya di sekolah.

“Kita rasa kegiatan dakwah di Kelantan akan terencat dengan tindakan menamatkan perkhidmatan penggerak masyarakat ini khususnya dalam aspek pengajian al-Quran.

“Kita panggil penggerak masyarakat tapi tugasnya mengajar al-Quran selama dua jam sehari bagi lima hari seminggu di kampung.

“Kalau dulunya orang kampung membayar dalam bentuk barangan seperti beras kepada mereka yang mengajar al-Quran, namun keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang menghargai sumbangan mereka untuk memberi elaun sebanyak RM400 sebulan.

“Elaun ini diberikan bagi mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar membaca al-Quran, selain sebagai tanda kebajikan kepada penggerak masyarakat ini menyampaikan dakwah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa di Pejabat Perhubungan UMNO, di Kota Bharu, malam ini.

Sehubungan itu, beliau harap Kerajaan PH dapat melihat sumbangan dan kebajikan mereka kerana dalam konteks Kelantan, program dakwah pengajian al-Quran cukup penting bagi melengkapkan lagi apa yang dilaksanakan secara formal di sekolah.

“Sempena Ramadan ini, kita simpati dengan nasib mereka, sebab itu kita mengadakan solat hajat merayu semoga kerajaan PH mengkaji semula keputusan menamatkan perkhidmatan mereka memandangkan sumbangan besar berkaitan dakwah dan bacaan al-Quran di negeri ini.

“Mungkin kerajaan baharu mempunyai dasar mereka. Kita hormati keputusannya. Namun, mungkin sebahagian besar daripada penggerak masyarakat ini perlu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk disenaraikan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

752
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Nyzam Bombastik
Guest

Bersabarlah wahai saudara2ku seislam. Allah sedang melihat kita.

Mohd Khairul Anwar Kamdi
Guest

semua sembang bukan main lagi.. aku tak jumpe lg kenyataan yg kate PH nk brentikan keje ke ke ape psl isu ni.. sape ade boleh… Read more »

Ahamad Mt Gurun
Guest

Ni smua politic ph

Putera Arjuna
Guest

Ulama2 ph mna…x dak respon ker..bnda2 bab islam jngn cuba2 nk d pinggirkn..senyap bermkna sokong..

Putera Arjuna
Guest

Kta tunggu tngok dulu..sampai stu msa kita lncarkan fisabillah..(berperang dgn tentera kafir)…

Putera Arjuna
Guest

Lau alasan nk bayar hutang negara..sapa2 kerja kerajaan kira amal jariah jer..termasuk mnteri2..ahli parlimen..adun2..nk duit krja sndiri jer.

Zaki Istiqomah
Guest

Kerajaan sekarangg..anti islam. ..tapi ramai tak percaya sebab semua di buat secara halus…anda tidak akan tahu racun meresap kecuali setelah kritikal…baru anda sedar kawan yg… Read more »

Tuan Faiz Ahmad
Guest

bila bg menteri kewangan kpd org kristian yang pegang.. maka akan terbongkar n bertambah lah irihati dikalangan mereka utk memberi jalan mudah utk Islam berkembang… Read more »

Hamiah Jaafar Sidek
Guest

Ya Allah Engkau bukakan pintu hati peminpin PH kenapa bersikap buta mata hati. Dakwah itu pahala Akhirat.

Zaipulanuawar Jamaluddin
Guest

Slam Rmdhan pimpinan pilihan Rkyt Mlysia org muda2 nk kn prubahan ..ini lh jdi nya smua nya brubah…