SPRM Buka 15 Kertas Siasatan Berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2012 - pakdin.my

audit-2012

Sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata SPRM akan meneliti secara serius kelemahan yang didedahkan oleh laporan itu.

“Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes rasuah, salah guna kuasa dan penyalah gunaan dana yang diketengahkan dalam laporan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mustafar berkata SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas dengan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“SPRM, akan mengetuai pasukan ini, kita akan mengumumkan hasil dapatan, pelan tindakan serta tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan,” katanya.

Berhubung penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mustafar berkata ia merupakan langkah yang bermakna dan usaha yang proaktif bagi membolehkan isu yang bangkitkan dalam laporan tersebut tidak berulang kembali.

“Pada masa yang sama, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata selain daripada menjalankan siasatan, SPRM juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan terlibat untuk mendapatkan maklumat, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sedang dijalankan.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah di bawa ke mahkamah sementara lima pegawai kerajaan dikenakan tindakan disiplin.

Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.

************************************

 

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM membuka 15 kertas siasatan sehingga kini susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan kelemahan dan ketirisan perbelanjaan kerajaan.

Siasatan dilakukan mengikut Akta SPRM 2009.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan memaklumkan.

Pihaknya sehingga kini telah pun mula meneliti isu-isu yang ada kaitan unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta pemalsuan.

SPRM turut melihat penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai tindakan signifikan dan proaktif agar isu yang dibangkitkan tidak berulang.

Malah SPRM telah menubuhkan dan menerajui pasukan khas bersama Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan susulan tentang kes yang berkaitan.

Pasukan khas itu juga akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak- pihak yang didapati melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

 

UTAMASPRM Buka 15 Kertas Siasatan Berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2012

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium