SPRM digesa siasat dakwaan kes rasuah babitkan Mahathir

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengetuai lebih 30 penyokongnya mengesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull membuat siasatan ke atas dakwaan 13 kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini dengan ‘menyerahkan dokumen berkaitan’ kepada SPRM supaya menyiasat skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri itu ke-7 itu.

“Hari kita perlu bangkit kembali melawan pemimpin seperti Dr Mahathir, kita bawa kepada SPRM  sebanyak 13 kes semuanya didakwa mempunyai rasuah.

“Saya nak beritahu perdana menteri baru kita ini bukan perdana menteri yang tak biasa kita jumpa saya dan saudara Lokman Adam pernah bertempur dengan dia.

“Kita pernah lawan dia sebab beliau adalah pemimpin yang zalim, korup,” dakwa Azwanddin (foto) ketika sidang media bersama bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Antara 13 kesalahan rasuah yang  disenarai semula adalah dakwaan Dr Mahathir memiliki RM100 juta keping wang kertas bernilai RM500 dan RM100, skandal Pewaja Steel, skandal BMF serta Forex.

Katanya, kes-kes terbabit sebelum ini pernah dilaporkan pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/mahathir

70
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Bayjurie Abd Aziz
Guest

Masa power dulu la cakap

Fidx Arch
Guest

Siasat lerr…. org tu dah jd PM pun … hahaha

Cuddn Hicjs
Guest

Kasi siasat jgn smpi madey mampuiii dlu dh la.

Abas Bin Arshad
Guest

Siasat sampai mati kering

Nas Airbone Marshall Airbone
Guest

sokong sangat… siasat siasat..

Langau Sepi
Guest

Dulu masa memeritah awat tak siasat? La ni bila dah kalah baru nak bunyi , kan kerja orang bodooooo namanya. Keja sia2, ngok…hahaha

Ridzwan Kannan
Guest

Siasat dulu ex boss korang la wei… Sindrom betul la korang ni… Desperate betul…

Dewa Sealam Tunggal
Guest

Err..xtau,xtau -mahatun

Juhari Othman
Guest

Gang pak jamban

Eden Hazard
Guest

siasat cepatttttttt!!!!!