SPRM Teliti Maklumat – Ekoran Gesaan Datuk Zakaria Arshad CEO FGV

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima beberapa maklumat yang mempunyai kaitan dengan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata maklumat itu diberikan oleh pihak tertentu dan SPRM akan meneliti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Mengulas lanjut, Azam berkata pihaknya hanya akan menyiasat sesuatu maklumat itu jika terdapat kegiatan berunsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita sudah menerima maklumat berkaitan isu agensi itu dan akan menjalankan siasatan berhubung maklumat yang diberikan,” katanya yang enggan mengulas lanjut

Sebentar tadi, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad menggesa agar SPRM menyiasat FGV termasuk beliau dan peringkat tertinggi pengurusan atasan.

Zakaria dikatakan berkata demikian sebagai mengulas arahan beliau dipaksa bercuti serta-merta sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

Terdahulu, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sedang berusaha untuk menyingkirkan Zakaria.

6 Replies to “SPRM Teliti Maklumat – Ekoran Gesaan Datuk Zakaria Arshad CEO FGV

  1. Hehe…ok la ni, PwC jarang salah, odit yang baik!…tapi apa yang lebih penting Pengerusi dan BOD FGV perlu juga berundur kerana…1. Tiap tahun puluhan juta rugi..2. Kerugian berbillion ditanggung oleh Felda, KWSP, KWAP disebabkan FGV ini…3. Saham FGV turun sebanyak 75-80%…4. Bisnes yang sangat senang dan hampir “monopoly” pun tak pandai diurus…5 Dan yang lebih sedih, 35% ahli UMNO, adalah warga felda, dan tak dijaga dengan baik. Kalau Kerajaan tak berkeras, kita (BN) mungkin kehilangan sokongan dari mereka….folly!!

Leave a Reply