Status nyonya Teresa Kok makan diri - pakdin.my

teresa-kok-hina-iban

“Statement nyonya ni menampakkan tahap mentaliti serta IQ beliau yang berada di bawah tahap tapak kasut…kaum Iban sendiri pun tahu lah ‘dress code’ nk buat urusan rasmi di pejabat, diorang pun golongan profesional la..aku tahula family aku bangsa Iban.

Itu luahan seorang pengguna Facebook (FB) menggunakan nama Wan Sahrin Izwan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim apabila memuat naik status membabitkan isu pakaian kaum Iban di FB miliknya, baru-baru ini.

Menerusi FB itu, Teresa memuat naik status bahawa beliau memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang digambarkan separuh bogel ataupun ‘tidak tutup aurat’.

Menurutnya, pakaian tradisi Iban itu memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan agensi itu.

“Pakaian dan kostum sebegini memang menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka corak di Malaysia.

“Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia,” katanya dalam laman FB miliknya.

 

Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang…
Posted by Teresa Kok on Sunday, July 5, 2015

 

 Sementara itu, Teresa ketika dihubungi Harian Metro berkata, beliau kesal dan hairan dengan sikap segelintir pihak yang gemar memutarbelit kenyataan yang dimuat naik di FB itu.

“Saya tidak mempunyai niat untuk menghina dan mengkritik atau membuat ‘value judgment’ terhadap kostum kaum Iban tetapi sebaliknya saya amat menghargai budaya dan pakaian setiap suku kaum di Malaysia.

“Itu antara sebab mengapa saya memuat naik gambar bersama segelintir kaum Iban di FB saya,” katanya.

Katanya, setiap kaum mempunyai pandangan dan nilai terhadap pakaian mereka, itu sebabnya isu kod pakaian perkhidmatan kerajaan menjadi begitu kontroversi apabila ia dilaksanakan.

“Saya berharap semua pihak boleh menghormati budaya dan pakaian setiap kumpulan etnik, dan hentikan kontroversi membabitkan isu pakaian.

“Let’s together make Malaysia a more united and harmonious nation (Mari kita sama-sama menjadikan Malaysia negara yang lebih harmoni dan bersatu padu),” katanya.

 

Saya amat hairan dengan pemutar-belitan terhadap tulisan FB saya berkenaan dengan pakaian Iban oleh golongan tertentu….
Posted by Teresa Kok on Monday, July 6, 2015

UTAMAPOLITIKStatus nyonya Teresa Kok makan diri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium