Subsidi bersasar, GST Malaysia dipuji Bank Dunia - pakdin.my

Ulrich Zachau
Ulrich Zachau

Ketika semua pemimpin parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) asyik menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) menipu dan menindas rakyat kerana melaksanakan pelan penstrukturan semula subsidi serta cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), perkara itu mendapat pujian Bank Dunia.

Pengarah Negara Bank Dunia, Ulrich Zachau bekata, peralihan Malaysia kepada subsidi yang disasarkan dan cadangan pelaksanaan GST adalah dasar yang baik dan akan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

“Apa yang dilakukan Malaysia dari segi mengurangkan subsidi tidak disasarkan (subsidi pukal) dan beralih kepada penambahbaikan subsidi yang disasarkan adalah satu dasar yang baik.

“Banyak penerima subsidi (sebenarnya) tidak memerlukannya, (dan) mereka akan kehilangan faedah itu manakala orang yang benar-benar memerlukannya akan terus menerimanya,” kata Ulrich.

Ulrich yang berpangkalan di Bangkok dan menyelia pasaran Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Bank Dunia bagi memberi penjelasan mengenai “Laporan Pembangunan Dunia 2014″ di Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Ulrich lagi, “Laporan Pembangunan Dunia 2014″ yang terkini itu menunjukkan Malaysia mencatatkan prestasi baik dalam persediaan menghadapi risiko serta menangani risiko makro ekonomi dan kewangan.

“Di dalam negara, Malaysia berdepan cabaran peningkatan hutang isi rumah lebih tinggi berbanding negara lain, tetapi ia bukan kebimbangan yang akan mencetuskan krisis kewangan segera.

“Malaysia masih berada dalam kedudukan baik untuk meneruskan kadar pertumbuhan pesatnya,” kata Ulrich.

UTAMAEKONOMISubsidi bersasar, GST Malaysia dipuji Bank Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium