Sultan boleh lantik kalangan 23 Adun baginda perkenan - pakdin.my

dewan-dun-selangor

Tumpuan pemerhati politik dan rakyat Selangor kini khususnya tentu kepada penyelesaian kemelut perebutan jawatan menteri besar yang berlarutan hampir sebulan.

Semua menunggu kepulangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah daripada luar negara yang sudah disahkan akan berangkat pulang ke tanah air pada Sabtu ini, empat hari lebih awal dari jadual asal.

Ramai menjangkakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pilihan raya negeri sebagai calan menyelesaikan kemelut tersebut.

Bagaimanapun, dalam masa sama baginda kena mempertimbangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai penganti Khalid sebelum bersetuju dengan cadangan menteri besar itu membubarkan DUN.

Dalam membuat keputusan ini, jika baginda tidak memperkenan pencalonan Wan Azizah dan tidak mahu membubarkan DUN, baginda boleh memilih calon lain di kalangan parti yang membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Istilah kerajaan campuran ini sebenarnya lebih tepat berbanding sebutan Pakatan Rakyat (PR) oleh PKR, DAP dan PAS di Selangor kerana PR bukanlah entiti yang berdaftar.

Satu perkara yang pasti, pelantikan menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Adun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti Adun, selaku menteri besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan menteri besar.

Sebenarnya, Sultan Selangor boleh memilih mana-mana sahaja Adun Melayu daripada PKR dan PAS.

Tidak timbul hanya Wan Azizah sahaja yang layak kerana tujuh lagi Adun Melayu dalam PKR dan 15 dalam PAS juga boleh dilantik oleh baginda.

Memang soal keyakinan majoriti antara kriteria utama tetapi adakah jika Adun selain Wan Azizah dipilih oleh baginda maka Adun-Adun lain dari PKR,PAS dan DAP boleh membantah dan tidak bersetuju?

Jika mereka membantah, timbul persoalan adakah hak Adun itu untuk dilantik sebagai menteri besar dinafikan atau dalam erti kata lain.Adun berkenaan tidak dapat sokongan?

Disinilah, akan menguji kesefakatan yang kerap dilaung-laungkan PKR,DAP dan PAS.

Sekiranya benar ianya satu kesepakatan, mereka tidak akan menentang sesiapa sahaja dikalangan Adun mereka yang dilantik menteri besar atas perkenan Sultan.

Walaupun ada konsensus bahawa jawatan menteri besar di Selangor untuk wakil PKR tetapi perlu ingat adakah pemuafakatan atau konsensus itu lebih besar daripada perkenan Sultan?

Jika betul PKR, PAS dan DAP mendukung kesepakatan itu, kesemua Adun Melayu dalam PKR dan PAS perlu bersedia dan berlapang dada menerima sesiapa sahaja dikalangan mereka yang diperkenan Sultan sebagai menteri besar.

PKR tidak boleh menekan atau memaksa Sultan Selangor untuk menerima Wan Azizah semata-mata sebagai menteri besar kerana hak itu adakah kuasa muthlak Sultan.

Sebagai contoh, jika baginda menolak Wan Azizah dan memilih wakil PAS, Iskandar Abd Samad, adakah PKR akan menentang atau mendakwa Adun Chempaka itu tidak mendapat keyakinan majoriti?

Inilah kekuatan termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 di bawah Perkara 53 (2) (a) dan Perkara 55 (2) (a) seperti dijelaskan di atas.

Jika PKR menolak perkenan tuanku melantik Adun lain daripada parti itu dan daripada PAS, tindakan tersebut hanya menggambarkan kerapuhan kesepakatan mereka atau dalam erti kata lain, pemuafakatan tersbut hanya di bibir sahaja.

Penyelesaian sebenar adalah untuk menggantikan Abdul Khalid dan ini bermakna sesiapa sahaja dalam PKR dan PAS layak jika diperkenan Sultan.

Apa yang dikhuatirkan sekarang, adalah PKR terus mempolitikkan isu ini semata-mata mahu mengekalkan Wan Azizah sebagai menteri besar.

UTAMAPOLITIKSultan boleh lantik kalangan 23 Adun baginda perkenan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium