Sultan Selangor Murka Ahli Parlimen Subang Ceramah Dalam Masjid - pakdin.my

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid di Subang minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim berkata, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani.

“Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada majlis berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah,” katanya.

Menurutnya lagi pengurusan masjid terbabit dipanggil untuk memberi keterangan mengenai insiden itu Jumaat lalu dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Istana Selangor.

Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kg Melayu Subang, sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa memberikan ceramah ketika berada dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran Sivarasa tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu.

Semalam, Mohd Adzib dalam ucapannya berkata, masih ada penceramah yang mengajar di masjid dan surau di Selangor atau tempat awam tanpa tauliah, sekaligus melanggar peraturan ditetapkan.

Jais ketika ini menjalankan Operasi Tauliah bagi memastikan penceramah jemputan mempunyai tauliah daripada Mais.

UTAMAPOLITIKSultan Selangor Murka Ahli Parlimen Subang Ceramah Dalam Masjid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium