Sumbangan Kemanusiaan Di Somalia Diteruskan - pakdin.my

Sumbangan Bantuan Kemanusiaan Malaysia masih diteruskan di Mogadishu walaupun sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia pulang ke tanah air.

Proses pengagihan bantuan yang dijangka selesai minggu ini bagaimanapun menurut Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, dikendalikan oleh pihak berkaitan dengan pengawasan beberapa pihak konsulat di ibu kota Somalia itu.

Antara kawasan yang terbabit menerima bantuan — kem pelarian di Badbadur, Merka, Balet Veni dan Galmudug.

Perancangan juga dilakukan agar misi bantuan itu disambung semula Oktober ini.

Terdahulu, Datuk Abdul Azeez hadir pada majlis tahlil dan jamuan makan tengahari bersama anggota sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Somalia serta petugas perkhidmatan ambulans Kelab Putera 1Malaysia.

UTAMABERITASumbangan Kemanusiaan Di Somalia Diteruskan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium