Sumbangan Politik Tidak Pernah Diumumkan Dalam MT UMNO dan UMNO Negeri - pakdin.my

renong-khazanah-halim-saad-tun-daim-mahathir

Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah bertanya atau dimaklumkan sebarang derma atau sumbangan politik kepada akaun “trustee” Presiden atau Bendahari parti.

Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mula menganggotai badan tersebut sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh Presiden atau bendahari parti.

“Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”

“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya.”

[Tulisan asal ahli MT ini dipetik dalam rangkaian perbualan Whatsapp. Kami tidak menyiarkan nama beliau kerana gagal mendapat pengesahan untuk menggunakan namanya secara rasmi semasa berita ini ditulis.]

UTAMAPOLITIKSumbangan Politik Tidak Pernah Diumumkan Dalam MT UMNO dan UMNO Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium