[Video] Surat Misteri Anwar-Karpal Diserah Kepada SPRM - pakdin.my

Surat misteri yang mendedahkan urus niaga oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Dokumen itu diserahkan oleh bekas calon BN Permatang Pauh pada PRU lalu – Dr Mazlan Ismail bagi membolehkan siasatan dijalankan.

DR. MAZLAN ISMAIL / BEKAS CALON BN PERMATANG PAUHbankleak-anwar“Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya telah menyerahkan kepada SPRM semua dokumen yang telah saya terima tempoh hari, sekali lagi saya mengulangi kenyataan bahawa saya tidak mahu sama sekali dilibatkan dengan kandungan surat tersebut, namun sebagai rakyat saya amat berharap supaya pihak berkuasa menyiasatnya kerana ianya melibatkan kepentingan umum”.

Dr Mazlan sebelum ini mendedahkan kemunculan surat misteri berkenaan.

Surat lapan halaman itu antara lain, mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Datuk Seri Anwar.

Dr Mazlan mendakwa menerima 6 ribu surat itu sejak seminggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di peti surat rumahnya.

UTAMABERITAAM Surat Misteri Anwar-Karpal Diserah Kepada SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium