Suspek buang bayi ditahan selepas 60 jam larikan diri - pakdin.my

SIBU: Seorang wanita ditahan di Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis petang semalam bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki berhampiran tong sampah di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu yang dibuat hasil maklumat risikan dan aduan awam.

“Kita menahan suspek sekitar jam 6 petang di bawah Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis, selepas menjejakinya dalam tempoh 60 jam susulan penemuan bayi itu,” katanya.

Hasil keterangan direkodkan mendapati suspek yang berusia 23 tahun bertindak demikian kerana berasa malu dan takut diketahui hamil luar nikah.

“Sejurus melahirkan bayi itu, suspek meletakkannya di tepi tong sampah di Jalan Lai Chee sebelum melarikan diri ke kampung dengan menaiki bas.

“Tiga murid yang dalam perjalanan ke sekolah menyedari kehadiran bayi itu sebelum diselamatkan oleh seorang wanita yang dimaklumkan mengenainya,” katanya.

Gadis berasal dari Kampung Sebayang, Belawai, Sarikei itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan ditahan di Wad Bersalin Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

20161009-buang-bayi-sibu

UTAMABERITASuspek buang bayi ditahan selepas 60 jam larikan diri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium