Suspek Kejadian Tembak Di Hadapan Kompleks Desa Kepong Lima Kali Ditahan Di Bawah Ordinan Darurat (video) - pakdin.my

tembak-kompleks-desa-kepong

Polis mengesahkan kejadian tembak yang berlaku di hadapan Kompleks Desa Kepong Kuala Lumpur awal pagi tadi membabitkan penjenayah yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Suspek berusia 35 tahun ditahan selepas berbalas tembakan dengan polis setelah cuba melepaskan diri dari sekatan jalan raya.

DATUK MOHMAD SALLEH / KETUA POLIS KUALA LUMPUR

“Apabila kereta ini diberhentikan anggota polis meminta kad pengenalan diri, tapi tiba-tiba lelaki ini mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan , tapi tidak kena sasaran, lepas itu kereta ini larikan diri lebih kurang 50 meter dan dapat suspek suspek dapat samun sebuah van kebetulan lelaki Melayu dalam van ini dan cuba melarikan van berkenaan”.

Bagaimanapun polis berjaya menangkap lelaki berkenaan selepas berlaku kejadian tembak menembak.

Suspek terkena 3 das tembakan dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Selain lima kali ditahan mengikut Ordinan Darurat, suspek juga mempunyai lebih 20 rekod jenayah termasuk kes samun, pecah rumah dan senjata api.

 

UTAMABERITASuspek Kejadian Tembak Di Hadapan Kompleks Desa Kepong Lima Kali Ditahan Di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium