Suspek Kes Bunuh Pengasas Ambank Tunjuk Lokasi Senjata Api Dibuang - pakdin.my

Lokasi Senjata Api Pembunuhan Pengasas Ambank

Suspek kes pembunuhan pengasas Ambank, hari ini menunjukkan kepada polis lokasi senjata api yang digunakan dalam pembunuhan itu dibuang.

Lokasinya di tasik The Mines berdekatan Lebuh Raya Besraya di Seri Kembangan, Selangor.

Suspek berusia 44 tahun ini tiba bersama pasukan penyiasat dan beberapa pegawai dari Cawangan Jenayah Berat, D9 kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, tindakan itu dilakukan hasil soal siasat ke atas suspek yang tempoh remannya dilanjutkan semalam.

Turut berada di tempat kejadian, skuad penyelam forensik dan Pasukan Gerakan Am, PGA.

Suspek sebelum ini ditangkap bersama dua lagi individu yang melindunginya di Taman Larut Tin Taiping, Selasa lalu.

Dalam kejadian 29 Julai lalu, Hussain Ahmad Najadi, 75 tahun, maut ditembak selepas mengunjungi Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, ibu negara dipercayai untuk berbincang dengan seorang lelaki berhubung urusan perniagaan.

UTAMABERITASuspek Kes Bunuh Pengasas Ambank Tunjuk Lokasi Senjata Api Dibuang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium