Syarikat Dapat Kontrak Kerajaan Terbabit BERSIH Disenaraihitam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan minta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Dalam tweetnya hari ini, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

“Saya ambil maklum pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat menulis mengenai ada syarikat-syarikat yang menaja perhimpunan haram BERSIH dengan tujuan menggulingkan kerajaan tetapi pada masa yang sama syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari kerajaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa syarikat berkenaan perlu disenarai hitamkan dan akan minta EPU dan UKAS untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka,” jelas beliau.

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar itu menggesa kerajaan menyenarai hitamkan syarikat-syarikat terlibat dengan penganjuran perhimpunan itu.

“Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian adalah pemberian bisnes dan kontrak kepada syarikat-syarikat serta usahawan yang menaja beberapa siri perhimpunan BERSIH.

“Hal ini sudah beberapa kali sampai ke pengetahuan Awang. Sepatutnya syarikat-syarikat tertentu yang pro-BERSIH disenaraihitamkan,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, beliau pasti banyak lagi syarikat lain yang mampu memberikan terma yang setanding atau lebih baik kepada kerajaan yang perlu diberi peluang.

“Masa untu berlembut dan bertoleransi sudah berakhir. Syarikat yang jelas menyokong perhimpunan haram akan disenaraihitamkan serta merta,”.

“Syarikat yang membantu gerakan mengugat keselamatan ekonomi negara akan saya pulau,” tegasnya..

208 Replies to “Syarikat Dapat Kontrak Kerajaan Terbabit BERSIH Disenaraihitam

Leave a Reply