Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan sumpanan yang besar

Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan simpanan yang besar

#FaktaBukanAuta #DosaDosaMahathir #MalaysiaMemilih #PenyamunForex

Agak menggelikan hati bila Perdana Menteri Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak akan muflis kerana mempunyai simpanan yang besar seperti KWSP dan institusi lain (saya rasa dia maksudkan Petronas).

Mahathir cakap seolah-olah sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya dan membentuk Kerajaan, KWSP mempunyai simpanan yang kecil.

Ini juga bukti bahawa tuduhan wang KWSP disonglap atau disalahguna oleh Kerajaan sebelum ini tidak berasas.

Simpanan atau caruman KWSP meningkat setiap tahun:
𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻:

2010: RM407.6 billion
2011: RM445.9 bilion
2012: RM489.3 bilion
2013: RM538.6 bilion
2014: RM598.6 bilion
2015: RM614.2 bilion
2016: RM704.3 bilion
2017: RM768.5 bilion

Sebahagian simpanan ini dilaburkan di dalam hutang (bon) Kerajaan kerana aset seperti bon Kerajaan mempunyai risiko yang sangat rendah dan menjamin pulangan yang konsisten kepada Kerajaan.

Jumlah pelaburan KWSP di dalam hutang (bon) atau sekuriti kerajaan adalah:
𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 (𝗯𝗼𝗻) 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵:

2010: RM118.5 bilion
2011: RM124.6 bilion
2012: RM131.7 bilion
2013: RM145.8 bilion
2014: RM151.8 bilion
2015: RM163.5 bilion
2016: RM163.5 bilion
2017: RM187.7 bilion

Daripada pelaburan di dalam hutang kerajaan ini, KWSP menerima pendapatan stabil dan konsisten setiap tahun berbanding pasaran saham yang tidak menentu (volatile). Jadi apabila pasaran saham tidak memberangsangkan, KWSP tetap menerima pulangan daripada hutang kerajaan melalui faedah yang dibayar setiap tahun (2 tahun sekali).

Sebab itu saya kata bila Tabung Harapan diwujudkan untuk mengutip sumbangan bagi tujuan membayar hutang negara sahaja, ianya sesuatu yang tak logik dan tak masuk akal kerana anda menyumbang wang untuk membayar hutang negara kepada diri anda sendiri melalui dividen yang dibayar KWSP setiap tahun.

Tetapi agak menggerunkan juga bila teringat simpanan-simpanan seperti ini digunakan untuk menyelamatkan (bail out) kroni dan keluarga seperti yang berlaku 20 tahun lepas seperti Petronas melalui MISC yang menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad milik anak Mahathir, Mirzan dan juga KWSP yang digunakan untuk menyelamatkan Time Dot Com, syarikat LRT yang asalnya milik kroni.
https://pakdin.my/?s=Mahathir+kroni
https://pakdin.my/najib-jangan-jarah-dana-petronas-atau-bagi-misi-bail-outs/

𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝘂𝗹, 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗳𝗹𝗶𝘀 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸. 🤔

Rujukan:

1. Dr Mahathir kata Malaysia tak akan muflis di bawah Pakatan – The Malaysian Insight:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53983

2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2018/4/xls/5.3.xls

3. MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son – Wall Street Journal:
https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215979736984271&id=1173231958

20
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Zafri Khalis
Guest

Tk pa lepas ne leh beli asset petronas..lak..

Moli Nismilan
Guest

Kejap bangkrap kejap ok…pening aku…ada chance sakau duit Petronas…

Liza Sofia
Guest

Org rasyat kutuk DsNajib pencuri mandey ajar tu ds tinggal duit banyak dia tak ambik pun..banyak lak tu.apa ds buat semua tak nampak.raayat tahu kutuk… Read more »

Liza Sofia
Guest

Klu tarah lama habis cari dana bangang.ekonomi DsNajib pandai lah.dulu dia tak ckp takut pelabur lari skrg klu bangkrap mandey salah lah.kan bskl jatuh tu.pelabur… Read more »

Bonnybridge Bridge
Guest

Mg jilakew die kn kutil

Duchess Spain
Guest

Akmar Hisham Mokhles
Johari Abdul Ghani
Umno Negeri Sembilan
Lim Guan Eng

Jibrill Samdin
Guest

Dh min
Mlm ni piala dunia
Cite bola skrg

Mohd Azrie
Guest

Jangan la kutuk tun die kan berpandangan jauh …org dah umor mcm die dah hadap kiblat takut besok lusa nama naik ….dia sibuk nak bayar… Read more »

Liza Sofia
Guest

Bayar hutang gi jepun buat hutang.dia dua tahu berambus dah raayat gak bayar 40 tahun.jadi 150 bilion.pinjam 50 bilion.tambah hutang.tu tahu nya.

Syafa Syafika
Guest

Ari tu kemain lg melalak dok canang satu dunia Msia nak muflis. Alih2 banyak plk duit nya… amende la…🙄🙄

Dorre Jali
Guest

2 la kalau keje nye nk memfitnah je,makan diri balik je

Dorre Jali
Guest

pkr kata nk siasat tun m bila berjaya bentuk kerajaan,macam takde je