Taliban menafikan tahu dimana #MH370 Malaysia yang hilang - pakdin.my

MH370-Koridor-pencarian

Pegawai Penerbangan di Pakistan , India dan Asia Tengah dan juga militan Taliban berkata mereka tidak mengetahui apa-apa tentang di mana pesawat jet Malaysia yang hilang, selepas pencarian untuk penerbangan MH370 diperluskan ke wilayah mereka pada hari Isnin.

Pegawai pertahanan India menolak kemungkinan pesawat terbang selama berjam-jam di atas negara itu tanpa dikesan.

“Idea bahawa pesawat itu terbang melalui ruang udara India selama beberapa jam tanpa disedari adalah pelik, ” kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan, yang enggan dikenali.

“Ini adalah laporan liar, tidak berasas,” kata beliau dan menambah juruterbang perlu tahu dengan tepat lokasi radar India dan sistem pengawasan sekitar mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemantauan begitu ketat di sempadan India menghadapi gerbang saingan nuklear Pakistan dimana tentera udara telah menembak jet pejuang Sukhoi bulan lalu selepas satu objek yang tidak dikenali muncul pada radar.

Pegawai Pakistan berkata mereka juga tidak mengesan apa-apa yang mencurigakan di udara selepas pesawat dilaporkan hilang.

“Kami telah menyemak rakaman radar bagi tempoh tersebut dan mendapati tiada petunjuk mengenai pesawat tersebut,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Negara Asia Tengah Kazakhstan dan Kyrgyzstan, yang berada dihujung koridor utara kwasan carian berkata, tiada kapal terbang tidak dikenali memasuki ruang udara mereka pada 8 Mac.

“Walaupun semua peralatan atas kapal dimatikan, ia adalah mustahil untuk terbang di dalam mod senyap,” kata Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakh, “Terdapat juga badan-badan tentera memantau ruang udara negara.”

Setelah kawasan carian diperluaskan, sesetengah pemerhati berpendapat pesawat mungkin telah diterbangkan ke kawasan pergunungan terpencil yang bersempadanan diantara Pakistan dengan Afghanistan di mana militan Taliban bersembunyi .

Zabihullah Mujahid , jurucakap Taliban di Afghanistan, yang sedang berjuang mengusir tentera asing dan menubuhkan sebuah negara Islam berkata, pesawat yang hilang tiada kaitan dengan mereka.

“Ia berlaku di luar Afghanistan dan anda dapat melihat bahawa walaupun negara-negara dengan peralatan dan kemudahan yang sangat canggih tidak boleh mengesan ke mana ia pergi,” dia berkata, ” Oleh itu, kita juga tidak mempunyai apa-apa maklumat kerana ia tiada kaitan dengan mereka.”

Komander Taliban Pakistan, sebuah entiti berasingan yang memerangi kerajaan Pakistan mengatakan, kumpulan itu sendiri berpecah-belah dan tidak mungkin mampu melakukan operasi tersebut (menyembunyikan pesawat).

“Kami juga mengimpikan peluang untuk merampas kapal terbang sekiranya berpeluang,” katanya melalui telefon dari wilayah tanpa undang-undang Utara Waziristan.

Di Delhi, pegawai pertahanan itu berkata secara teori pesawat itu boleh terbang di laluan Banjaran Himalaya di mana radar dikawasan pergunungn kurang berkesan.

Tetapi untuk menempuhi lereng gunung, juruterbang memerlukan kemahiran dan kepintaran sehebat juruterbang jet pejuang tentera, katanya.

Di Port Blair, terletak di Andaman dan Nicobar, Tentera Laut India yang menggunakan Kapal Kesari telah kembali ke pangkalan selepas dua hari melakukan kerja mencari dan menyelamat di Laut Andaman.

Sumber pertahanan kanan ada berkata bahawa jika kapal terbang itu terhempas di kawasan itu, serpihan kecil boleh hanyut pada jarak yang luas.

“Serpihan kecil boleh hanyut sekurang-kurangnya 15 batu nautika sejam, jadi anda boleh bayangkan apa akan terjadi selepas lebih daripada satu minggu,” katanya.

UTAMABERITATaliban menafikan tahu dimana #MH370 Malaysia yang hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium