Tan Cabar Ketua Menteri Pulau Pinang Buktikan Daftar Pemilih Tidak Bersih - pakdin.my

Suruhanjaya Pilihanraya

Ketua Wanita MCA Negeri Tan Cheng Liang mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) memberi bukti berhubung dakwaannya bahawa daftar pemilih pengundi baru tidak bersih.

Beliau berkata sekiranya dakwaan itu benar, Lim bertanggungjawab menjelaskan mengenai kemenangan pakatan pembangkang sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan dan mentadbir Pulau Pinang.

“Kalau daftar pemilih tidak bersih macam mana mereka boleh menang, jangan putar belitkan fakta. Ibarat pepatah Cina menyebut ‘jangan buka mata, cakap buta’, kalau mahukan keadilan kena cakap telus,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Tan yang juga penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (kadun) Jawi hadir sebagai pemerhati berkata demikian ketika mengulas hujah Lim yang bangun mencelah ketika Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) sedang membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Terdahulu Lim dalam hujahnya berkata terdapat dua senario pada pilihan raya akan datang iaitu sama ada pakatan pembangkang akan kekal memerintah atau berkemungkinan tidak dapat menambah kerusi kerana berhadapan dengan daftar pemilih bermasalah dan tidak bersih.

UTAMABERITATan Cabar Ketua Menteri Pulau Pinang Buktikan Daftar Pemilih Tidak Bersih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium