Tanah runtuh di Telupid, 9 keluarga diarah pindah - pakdin.my

telupid

TELUPID: Sembilan keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Gambaron dekat sini, hari ini.

Pegawai Daerah Telupid, Benedict Asmat, berkata terdapat tujuh rumah terbabit dan runtuhan berlaku dari lereng bukit memasuki kawasan belakang rumah selepas hujan lebat melanda daerah ini semalam.

Katanya, sembilan keluarga membabitkan 40 orang yang tinggal di tujuh rumah berkenaan diminta mengosongkan rumah mereka atas faktor keselamatan.

Mereka memilih untuk berpindah ke rumah keluarga mereka juga di kampung sama, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka diarah berpindah selepas pemeriksaan oleh pihaknya bersama polis dan Jabatan Kebajikan mendapati rumah tersebut tidak selamat diduduki disebabkan tanah runtuh itu.

Benedict berkata, Jabatan Kebajikan turut menyalurkan bantuan makanan keperluan asas kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata, keluarga terbabit hanya akan dibenarkan balik semula ke rumah mereka selepas kerja pembersihan tanah runtuh dilakukan dan rumah mereka selamat untuk didiami hasil pemeriksaan lanjut.

UTAMATanah runtuh di Telupid, 9 keluarga diarah pindah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium