Tanah Runtuh Di Ukay Perdana: Seorang Pekerja Maut, Dua Lagi Terperangkap - pakdin.my

Tanah Runtuh Di Ukay Perdana

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja maut manakala dua lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Ukay Perdana, Ampang di sini pagi Selasa.

Kejadian di tapak pembinaan Sierra Ukay itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa ketika enam pekerja berada di tempat berkenaan.

Anggota bomba dari balai bomba Ampang dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pekerja manakala seorang lagi maut dalam tragedi itu.

Dua pekerja lain masih terperangkap di bawah runtuhan dan dikhuatiri maut.

Operasi menyelamat masih dijalankan.

UTAMABERITATanah Runtuh Di Ukay Perdana: Seorang Pekerja Maut, Dua Lagi Terperangkap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium