Tanda-tanya Malaysia Akan Bankrap Dan Gagal - pakdin.my

Eksport Negara Bulan Nov Catat Pertumbuhan Luar Jangkaan

* Eksport +14.4% y/y
* Import +15.2 pct y/y
* Lebihan dagangan (trade surplus) RM9.95 bilion

Eksport negara untuk November terus mencatat peningkatan dua angka peratusan iaitu 14.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan itu didorong pertumbuhan perdagangan dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, Kesatuan Eropah dan Taiwan.

Meskipun peratus pertumbuhan itu lebih perlahan berbanding Oktober (18.9 peratus), namun ia mengatasi jangkaan sebahagian besar penganalisis yang mana umumnya mengunjur peningkatan sekitar 13.8 peratus.

Eksport negara pada asas bulanan mencatat pertumbuhan dua angka peratus sepanjang tahun ini dengan peningkatan tertinggi direkodkan pada Mei lalu iaitu 32.5 peratus.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini, berkata jumlah perdagangan Malaysia secara keseluruhannya menokok 14.8 peratus kepada RM157.05 bilion, pada November berbanding tempoh sama pada 2016.

Eksport negara pada November katanya, berkembang 14.4 peratus kepada RM83.5 bilion, nilai eksport bulanan tertinggi pernah dicatatkan selepas RM82.62 bilion yang direkod pada Mac 2017 manakala import menokok 15.2 peratus kepada RM73.55 bilion.

MITI berkata, lebihan dagangan pula bernilai RM9.95 bilion yang adalah bulan ke-241 berturut-turut sejak November 1997,” katanya.

Selain itu bagi perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang sebanyak 1.9 peratus, 1.5 peratus dan 2.4 peratus.

Mengikut MITI, jumlah perdagangan bagi 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion iaitu peningkatan sebanyak 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

“Ini menyaksikan eksport berkembang sebanyak 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion manakala import mencatat pertumbuhan 21.2 peratus kepada RM766.07 bilion.

“Lebihan dagangan pula sebanyak RM89.98 bilion iaitu menokok sebanyak 13.6 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu,” katanya.

Sementara itu, eksport barangan perkilangan pada November 2017 meningkat sebanyak 18.2 peratus atau RM10.63 bilion kepada RM68.98 bilion yang merangkumi 82.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Peningkatan itu disumbangkan terutamanya oleh kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan bahan kimia yang secara kolektif menyumbang 55 peratus kepada jumlah eksport barangan perkilangan.

Kementerian itu berkata, eksport hasil galian berkurangan 0.9 peratus kepada RM7.04 bilion dan menyumbang 8.4 peratus kepada jumlah eksport Malaysia. Pengurangan itu terutamanya disebabkan oleh penurunan eksport bijih logam dan serpihan logam serta petroleum mentah.

Eksport keluaran pertanian juga susut 2.5 peratus kepada RM6.73 bilion dengan merangkumi 8.1 peratus daripada jumlah eksport, terutamanya disebabkan kemerosotan eksport minyak sawit sebanyak 2.1 peratus akibat kejatuhan Nilai Unit Purata (AUV) dan kuantiti.

Dalam pada itu, MITI berkata perdagangan dengan ASEAN pula berkembang sebanyak 21.9 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM44.22 bilion pada November 2017 atau merangkumi 28.2 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Eksport meningkat 18.3 peratus kepada RM24.72 bilion dengan kesemua sektor utama mencatatkan pertumbuhan dua angka. Barangan E&E mencatat prestasi eksport yang kukuh apabila meningkat sebanyak 30.3 peratus atau RM1.96 bilion.

Import dari ASEAN juga meningkat sebanyak 26.7 peratus kepada RM19.5 bilion.

Menurut kementerian itu, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas pada November 2017 berkembang sebanyak 15.9 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM101.59 bilion dan merangkumi 64.7 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan eksport menokok 14.2 peratus kepada RM53.67 bilion manakala import berkembang 18 peratus kepada RM47.92 bilion.


Malaysia’s Nov export growth at 14.4 pct y/y, above f’cast
https://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade/malaysias-nov-export-growth-at-14-4-pct-y-y-above-fcast-idUSL4N1P01PX

UTAMAEKONOMITanda-tanya Malaysia Akan Bankrap Dan Gagal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium