Tarif elektrik turun mulai 1 Mac - pakdin.my

stesen-tnb

Berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015, tarif elektrik diturunkan 2.25 sen/kWj dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia.

Pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula menikmati penurunan 1.20 sen/kWj atau penurunan 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa berkuat kuasa bagi tempoh sama.

“Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri,” kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya, Rabu.

Menurutnya, kabinet memutuskan demikian selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

UTAMAEKONOMITarif elektrik turun mulai 1 Mac

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium