Tarik subsidi 20 sen RON95 untuk betulkan ketidakadilan - pakdin.my

Petrol-pump

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, kerajaan menyedari memang sukar membuat keputusan tidak popular dengan mengurangkan 20 sen subsidi harga RON95 dan Diesel tetapi ianya bertujuan membetulkan ketidakadilan yang berlaku.

Katanya, data yang ada mendapati 70 peratus subsidi minyak digunakan mereka berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi kerana memilik banyak kenderaan dan enjin berkuasa tinggi.

“Manakala rakyat di kampung dan pinggir bandar hanya menggunakan motosikal an kenderaan yang kecil.

“Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagih kepada rakyat dengan lebih bersasar dan& tepat seperti pemberiaan BR1M yang lebih tinggi jumlahnya dan pembangunan luar bandar yANg lebih baik,” katanya.

Menurut Ahmad, rakyat tentu sedang menunggu berita baik akan diumum Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini dan semuanya memerlukan peruntukan yang banyak.

“Sebahagiannya tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai rakyat yang lebih memerlukan,” katanya dalam kenyataan kepada bnbbc.news
Dngan penarikan 20 sen subsidi berkuatkuasa 2 Oktober, harga RON95 ialah RM 2.30 seliter dan diesel RM 2.20 seliter.

Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tetapi harga di Malaysia Cuma RM2.30.

Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi 28 sen seliter bagi RON95 manakala harga pasaran sebenar ialah RM 2.52 dengan 32 sen subsidi masih diberikan kerajaan.
Menurut Ahmad, pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RM4 billion dan diberi dalam bentuk BR1M dan telah memafaatkan hampir 7 juta rakyat dan keluarga di negara ini.

UTAMATarik subsidi 20 sen RON95 untuk betulkan ketidakadilan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium