Tembak Noramfaizul: Wisma Putra mahukan hukuman setimpal - pakdin.my

Allahyarham Noramfaizul

KUALA LUMPUR 28 Sept. — Kementerian Luar Negeri berharap empat anggota tentera Burundi yang terlibat dalam insiden tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, dikenakan tindakan sewajarnya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Anifah Aman berkata, misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) pada 26 Sept lepas secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh, yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham dan mencederakan Ajis Saregar Mazlan, wartawan TV3 di Mogadishu pada 2 Sept. lalu.

“Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak AMISOM, Kementerian Luar Negeri akan terus mengikuti perkembangan ini sehingga ke empat-empat tentera Burundi yang terlibat, diadili dan dihukumi mengikut undang-undang yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pada 6 Sept. lepas, Wisma Putra telah menerima laporan siasatan daripada pihak Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Somalia berhubung kes itu yang mendapati empat orang tentera Burundi bertanggungjawab terhadap kes itu.

“Bagaimanapun, laporan itu tidak sempurna kerana pihak polis Somalia tidak dapat mengambil kenyataan keempat-empat yang terlibat.

“Berdasarkan laporan polis Somalia, pihak AMISOM telah menjalankan penyiasatan dalaman dan mendapati bahawa keempat-empat yang dituduh itu didapati bersalah melepaskan tembakan ke atas Allahyarham (Noramfaizul),” katanya.

UTAMABERITATembak Noramfaizul: Wisma Putra mahukan hukuman setimpal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium