Temberang Rafizi pecah…tak tahu beza surat pertimbangan dan kelulusan - pakdin.my

RAFIZI…ada laman dan blog yang melabel beliau “poyo”
RAFIZI…ada laman dan blog yang melabel beliau “poyo”

Ini jenis ahli politik yang cerdik tak boleh ikut… al kisah Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli buat sidang media dakwa wujud penyelewengan dalam pemberian dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Bukti yang ditunjukkan adalah surat pertimbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah menafikan mengeluarkan dana RM100 juta kepada sebuah syarikat menerusi geran kajian dan penyelidikan (R&D) seperti didakwa Rafizi.

Menurutnya walaupun menerima surat ‘pertimbangan’ daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sesebuah syarikat perlu memohon dan menepati syarat MOSTI terlebih dahulu.

“Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.

“Sampai sekarang syarikat NSE Resources Corporation tak pernah pun memohon dana daripada kita,” kata beliau dalam sidang media di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Abu Bakar berkata, MOSTI langsung tidak pernah menyembunyikan sebarang penerima dana kementerian itu.

Malah beliau turut mengedarkan tiga jilid buku tebal yang memberi maklumat teliti mengenai kesemua 4,566 penerima dana bernilai RM 2.9 bilion bawah MOSTI dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Rafizi sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan geran R&D bernilai RM100 juta apabila dianugerahkan untuk sebuah projek komersial.

Beliau malah mengaitkan perdana menteri dalam kes itu yang didakwa mengeluarkan ‘arahan’ berkaitan.

Abu Bakar berkata, MOSTI menetapkan beberapa syarat utama serta menggunakan penilaian pakar bebas sebelum memanggil syarikat membuat pembentangan kepada kementerian bagi memastikan mereka layak.

“Antara syarat utama kita adalah kuantum maksimum dana sebanyak RM3 juta. Tak boleh lebih kecuali agensi flagship MOSTI. Dan bukan dapat semua sekali gus.

Justeru beliau mahu Rafizi menarik balik dan memohon maaf kepada MOSTI kerana membuat dakwaan yang tidak benar kepada kementerian.

Bagaimanapun Abu Bakar berkata tidak mempunyai rancangan untuk membuat sebarang tindakan undang-undang setakat ini.

“Dia (Rafizi) boleh tulis (maaf) di Facebook dia seribu kali,” seloroh beliau.

UTAMAPOLITIKTemberang Rafizi pecah...tak tahu beza surat pertimbangan dan kelulusan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium