Tengku Razaleigh Akui Ketokohan Mustapa Terajui Umno Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui Umno Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap Umno.

Beliau berkata Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan Umno.

“Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan…semua kena bekerjasama.

“Pilihan raya kali ini adalah sangat sengit dan peluang Umno Kelantan itu tetap ada,” katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan yang menyebut beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.

Leave a Reply