Tiada Cubaan Ceroboh Pesisir Pantai Timur Sabah - pakdin.my

Orang ramai juga digesa tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial selain tidak bersekongkol dengan pihak musuh.

Tiada Cubaan Ceroboh Pesisir Pantai Timur Sabah

Tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, MNLF untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai zon selamat timur sabah, Esszone, adalah terkawal dan terjamin.

Sehubungan itu, Datuk Mohammad dalam satu kenyataan meminta orang ramai bertenang dan tidak sesekali percayai dengan khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa.

Kawalan keselamatan di Esszone diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM dan polis marin.

Pasukan tindakan khas juga ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara untuk melakukan penculikan.

Orang ramai juga digesa tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial selain tidak bersekongkol dengan pihak musuh.

 

UTAMABERITASABAHTiada Cubaan Ceroboh Pesisir Pantai Timur Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium