Tiada kebebasan mutlak terutama jika babit keselamatan negara - pakdin.my

Keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman berkaitan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah tepat pada masanya lantaran sudah terlalu banyak kebocoran maklumat kerajaan sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan serta mengancam keselamatan negara.

atm dan benderaMenteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, rakyat perlu melihat keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali secara matang dan memahami bahawa tidak wujud kebebasan mutlak.

“Kalau nak dedahkan penyelewengan, kita ada agensi yang boleh dedahkan, tapi kalau kita dedahkan semua maklumat kerajaan sebab marah nyamuk bakar kelambu, saya rasa itu salah.

“Jika terlalu banyak kebocoran maklumat sama ada oleh pegawai kerajaan atau pihak ketiga, bagaimana kerajaan boleh mentadbir dengan baik.

“Di Amerika sekali pun, jika terlalu banyak maklumat yang dibocorkan, (pihak yang membocorkan) pun kena tangkap, kenapa di Malaysia semua boleh,” katanya pada majlis Rumah Terbuka MCA di ibu negara.

AZALINA OTHMAN 1

Dalam pada itu, kenyataan media Azalina kemudiannya menyebut bahawa Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang imuniti atau keistimewaan dalam konteks undang-undang.

Menurutnya, tindakan Rafizi mengkritik Peguam Negara dan Pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 membuka pelbagai persoalan mengenainya dan menunjukkan seolah-olah beliau takut dan terdesak sehingga beliau mahu melancarkan kempen di media sosial.

“Beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan beliau boleh membahaskan Pindaan ini sekiranya di bawa ke Parlimen nanti,” katanya.

Kenyataan Rafizi bahawa pindaan ini adalah penindasan kepada wartawan dan kebebasan media kata Azalina adalah supaya beliau mendapat sokongan daripada pihak media berhubung perkara itu.

Sehubungan itu Azalina berharap pihak media tidak terjerat dengan permainan Rafizi yang sering kali menggunakan media khususnya media alternatif sebagai kuda tunggangan untuk mencari publisiti murahan.

Kes Rafizi dibawah Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang sehingga kini masih belum selesai katanya, menyebabkan pemimpin kanan PKR itu semakin angkuh.

“Kes BAFIA yang melibatkan YB Pandan telah berlarutan hampir empat tahun sepatutnya kes itu perlu diputuskan segera kerana perlu menjadi penanda aras kepada sektor kewangan negara.

“Isu ini bukan hanya melibatkan kepentingan individu tetapi boleh mengugat ekonomi dan keselamatan negara. Sekiranya kes tersebut masih ditangguh pihak luar akan beranggapan undang-undang melibatkan perbankan negara adalah longgar,” katanya.

Sehubungan itu Azalina menyeru rakyat agar melihat isu ini secara matang dan tidak mudah terjerat dengan agenda pembangkang.

 

UTAMABERITATiada kebebasan mutlak terutama jika babit keselamatan negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium