Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Hasil Dari Dana Penjimatan PPA Dan Usaha 1MDB - pakdin.my

Semalam kerajaan baru memutuskan TIADA semakan kepada kadar tarif dan rebat kerana keraaan bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjung Malaysia, bagi tempoh Julai hingga Disember 2017.

Peruntukan RM1.303 bilion tersebut menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi Pertama rekaan Tun Mahathir (Dana Penjimatan PPA) .

Sebelum ini, pada November 2014, kerajaan juga dapat mengekalkan kadar tarif sehingga Jun 2015 dengan menampung kos sebanyak RM1.683 billion dengan menggunakan Dana Penjimatan PPA yang sama.

Dana Penjimatan PPA ini ditubuhkan pada tahun 2012.

Tidak dapat dinafikan bahawa 1MDB telah mengambil peranan yang penting dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar yang dibayar kepada Penjana Kuasa Bebas.

Sebelum tender terbuka dan rundingan semula untuk Penjana Kuasa Bebas dibuat pada bulan September 2012, 1MDB telah membeli beberapa syarikat Penjana Kuasa Bebas untuk masuk ke industri ini untuk membida kadar yang termurah – sekaligus memaksa penjana-penjana yang lain untuk mengurangkan kadar-kadar mereka juga.

Hasil dari usaha ini, Tenaga Nasional tidak lagi mengalami kerugian dan tekanan kewangan seperti tahun-tahun sebelum tahun 2012.

Petronas juga untung kerana dapat mengurangkan beban subsidi gas kepada penjana-penjana elektrik.

Jelas boleh diperhatikan keuntungan dan harga saham Tenaga terus meningkat sebanyak 3 kali ganda selepas tahun 2012.

Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat menggunakan Dana Penjimatan PPA untuk mengekalkan kadar elektrik bagi tidak menambah kepada beban kos harian rakyat.

Mengikut anggaran kasar, usaha kerajaan dan 1MDB boleh memberi manfaat kepada rakyat, Tenaga dan Petronas sebanyak RM200 bilion untuk 20 tahun yang akan datang.

Walaupun banyak dimaki kerana propaganda, tanpa disedari ramai, 1MDB dengan senyap terus memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia.

LSS.

UTAMAEKONOMITiada Kenaikan Tarif Elektrik Hasil Dari Dana Penjimatan PPA Dan Usaha 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium