Tiada Pertemuan Obama-Anwar - pakdin.my

Anwar Ibrahim Malaysia complex politician

WASHINGTON: Presiden Barack Obama tidak merancang untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim apabila beliau berkunjung ke Kuala Lumpur minggu hadapan, walaupun beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat tidak menolak berlakunya mesyuarat peringkat bawahan.

Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur pada 26 April ini.

Ketika ditanya sama ada Obama akan meluangkan sedikit masa untuk pertemuan tersebut sepanjang berada di Malaysia di mana beliau akan menghadiri majlis makan malam dan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak, penasihat keselamatan negara, Susan Rice menegaskan beliau tidak merancang pertemuan dengan Anwar.

“Saya percaya Presiden tidak akan mengadakan mesyuarat tersebut – terdapat temu janji di peringkat lain,” kata Rice.

Obama bagaimanapun akan mengadakan mesyuarat bersama pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan bertemu dengan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.

Kunjungan Obama akan bermula di Jepun, termasuk lawatan ke beberapa negara seperti Korea Selatan dan Filipina.

UTAMAPOLITIKTiada Pertemuan Obama-Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium